Mahathir dimasukkan semula ke IJN

Mahathir dimasukkan semula ke IJN
“Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk prosedur perubatan elektif,” kata IJN dalam satu kenyataan semalam.
Menurut IJN, beliau tidak dibenarkan untuk menerima sebarang pelawat buat masa ini.
“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) terkini, tiada pelawat dibenarkan melawat Tun Mahathir,” memetik kenyataan itu.
Terdahulu Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 16 Disember lalu untuk menjalani pemeriksaan, dan pada 23 Disember, bekas Perdana Menteri itu dibenar keluar IJN selepas menjalani rawatan dan pemeriksaan di institut itu dalam beberapa hari.
Baca:
Mahathir di IJN, jalani pemeriksaan lanjut
Facebook Comments
Author Profile

Latest entries
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu
Seni & HiburanJuly 12, 2025Siti Nurhaliza bawakan Lagu ‘Rare’ di Konsert Violet Skies
Seni & HiburanJuly 11, 2025Keluang Man kini di Astro First
InternationalJuly 1, 2025RTS Link capai kemajuan fizikal 56 peratus




