Lalitha sahkan bertemu dengan peguam urus surat tuntutan

Lalitha sahkan bertemu dengan peguam urus surat tuntutan
Bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam mengesahkan beliau telah bertemu dengan peguamnya bagi menguruskan surat tuntutan (LOD) yang dihantar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepadanya.
Menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat, Lalitha berkata, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan peguamnya itu.
Thank you all for your support and encouragement.
I met my lawyer Mr Manjeet Singh Dhillon today. If you have any queries, please contact him directly.
— Lalitha Kunaratnam (@LalithaVelvet) January 7, 2022
“Terima kasih semua atas sokongan dan galakan. Saya telah bertemu dengan peguam saya, Manjeet Singh Dhillon hari ini (Jumaat).
“Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengannya,” kata Lalitha.
Pada Khamis, Lalitha melalui Twitternya juga turut memaklumkan bahawa dirinya telah menerima LOD daripada Azam.
Pada Rabu, Azam dalam sidang akhbar khasnya berkata, beliau akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemar reputasinya dan SPRM.
Jelasnya, tindakan itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.
Sebelum ini, Azam didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015-2016.
Bagaimanapun, ia akhirnya terjawab pada Rabu apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.
Baca:
Azam Baki menuntut Lalitha memohon maaf dan ganti rugi RM10 juta
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 14, 2025Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE
IT & Social MediaFebruary 14, 2025YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
IT & Social MediaFebruary 13, 2025DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia
Seni & HiburanFebruary 12, 2025G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
1 thought on “Lalitha sahkan bertemu dengan peguam urus surat tuntutan”