Muhyiddin gambarkan PN ‘mangsa’, tapi mangsa sebenar 12,000 korban Covid


Muhyiddin gambarkan PN ‘mangsa’, tapi mangsa sebenar 12,000 korban Covid
MTN – Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan perutusan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam sebagai cubaan menggambarkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah “mangsa” dan “tidak bersalah”.
Zahid, yang memimpin 15 ahli parlimen Umno termasuk dirinya menarik sokongan kepada perdana menteri, merujuk kepada tawaran reformasi Muhyiddin kepada pembangkang sebagai pertukaran untuk mendapatkan sokongan.
“Perutusan semalam jelas cuba merekayasa watak ‘innocent’ (tidak bersalah) untuk kerajaan tanpa majoriti kerajaan PN.
“Kerajaan yang gagal mengurus pandemik sehingga menyebabkan 12,000 nyawa terkorban cuba dipertontonkan sebagai ‘victim’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Zahid, Muhyiddin juga cuba mengubah “keseluruhan plot cerita” kegagalan kerajaan PN.
“Dengan alasan itu kemudian cuba menghalalkan “habuan” bersyarat kepada ramai pihak supaya mengekalkan PN sebagai kerajaan Persekutuan.
“Ini perbuatan yang sangat tidak bermoral dan berakhlak oleh sebuah kerajaan Malaysia,” katanya.
Katanya, kerajaan PN turut cuba untuk menakut-nakutkan rakyat dengan menggambarkan program vaksinasi tidak berjalan lancar sekiranya gabungan itu tidak memegang kuasa.
“Sedangkan program vaksinasi tidak lancar sejak ia bermula dan kerana itu sehingga hari ini imuniti kelompok masih belum dapat dicapai.
“…Hakikatnya mangsa sebenar dalam cerita ini adalah hampir 12,000 nyawa mereka yang tidak bersalah telah terkorban angkara kegagalan membendung Covid-19,” katanya lagi.
Presiden Umno itu turut membidas PN dengan mengatakan bahawa banyak cadangan yang bertujuan untuk membantu rakyat tidak diendahkan.
Muhyiddin dikatakan hilang majoriti selepas 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan.
Walaupun 23 ahli parlimen Umno lain terus menyokongnya, dia hanya mendapat sokongan 100 ahli parlimen, iaitu kurang 11 untuk mendapat majoriti.
Dalam usaha untuk mendapatkan semual majoriti, Muhyiddin telah menawarkan pelbagai reformasi sebagai pertukaran untuk sokongan ahli parlimen pembangkang tetapi ditolak.
Tawarannya termasuk dana yang sama untuk ahli parlimen pembangkang dan reformasi yang telah lama dilobi oleh pembangkang, seperti had jangka waktu untuk perdana menteri, undang-undang antilompat parti, dan komposisi jawatankuasa pilihan parlimen yang lebih inklusif. [MK]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar