Muhyiddin Tiada Pilihan Selain Letak Jawatan PM - Ibrahim Ali | Malaysia News

Muhyiddin tiada pilihan selain letak jawatan PM – Ibrahim Ali

Muhyiddin tiada pilihan selain letak jawatan PM – Ibrahim Ali

Muhyiddin tiada pilihan selain letak jawatan PM – Ibrahim Ali

MTN – Presiden Parti Putra, Ibrahim Ali meminta Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat seperti mana bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Ibrahim berkata, ini kerana Muhyiddin telah kehilangan majoriti dan tidak layak lagi menjadi perdana menteri selepas Umno menarik sokongan terhadapnya.

“Tiada pilihan selain dari meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Perlu tunggu apa lagi, nama pun sudah masuk dalam sejarah sebagai PM ke-8. Oklah tu.

“Jika Muhyiddin berjiwa besar dan bersifat negarawan, maka berundur secara terhormat bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong, (selaku) payung negara mengambil tindakan selanjutnya untuk menamatkan krisis politik, krisis perlembagaan, krisis nilai rakyat.

“Muhyiddin patut mengambil iktibar saperti Tun Abdullah Badawi yang meletakan jawatan secara terhormat apabila didesak sewaktu menjadi PM ke 5 kerana kekalahan teruk BN pada PRU 2008,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, Abdullah melepaskan jawatan sebagai perdana menteri ke-5 pada 2009 selepas menerima asakan sesetengah pihak daripada parti itu, terutama Dr Mahathir Mohamad. Ini susulan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2018.

Pada 8 Jun lalu, Umno memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin selaku perdana menteri serta merta.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi Umno berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Justeru kata Ahmad Zahid, Umno mendesak agar Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baru dilantik untuk satu tempoh yang terhad.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata tiada alasan untuk Muhyiddin menafikan kehilangan majoriti kerana pelantikannya sebagai perdana menteri sebelum ini juga turut mengambil kira sokongan blok parti.

“Sebelum ini dunia tahu sokongan kepada Muhyiddin sebagai PM berjumlah 113 sahaja dari jumlah 220 ( 2 orang meninggal dunia).

“Maka mengambil kira atas penarikan sokongan Parti Umno dan perisytiharan sebahagian ahli Parlimen Umno secara terbuka, maka jelaslah Muhyiddin telah hilang sokongan majoriti di Parlimen.

“Nampak jelas dan tidak perlu pakai cermin mata untuk tengok dengan jelas,” katanya. [MK]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply