Muhyiddin Yassin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara

Muhyiddin Yassin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara
Kuala Lumpur, MTN – Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri, maklum Ketua Setiausa Negara Mohd Zuki Ali yang juga setiausaha kabinet.
“Jemaah menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September 2021 telah bersetuju untuk melantik Muhyiddin Yassin, mantan Perdana Menteri ke-8 sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.
“Pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin Yassin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” kata Zuki pada satu kenyataan hari ini
Sebelum ini, muncul desas-desus Muhyiddin akan dilantik sebagai menteri mentor selepas dia meletak jawatan perdana menteri.
Muhyiddin digulingkan setelah kem ahli parlimen diketuai oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan daripada kerajaan PN menyebabkan dia kehilangan majoriti.
Zahid secara terang-terangan mempertahankan tindakan itu menegaskan Muhyiddin gagal menangani pandemik Covid-19.
Ketika menjadi perdana menteri, Muhyiddin telah memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) – yang secara beransur-ansur akan membuka kembali sektor-sektor ketika keadaan Covid-19 bertambah baik berdasarkan tiga kriteria utama iaitu jumlah kes harian, kapasiti hospital dan kadar vaksinasi. [MK]
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 14, 2025Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE
IT & Social MediaFebruary 14, 2025YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
IT & Social MediaFebruary 13, 2025DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia
Seni & HiburanFebruary 12, 2025G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun