Muhyiddin Yassin tak endahkan titah Agong – Lim Kit Siang
Muhyiddin Yassin tak endahkan titah Agong – Lim Kit Siang
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dituduh tidak mengendahkan hasrat Yang di-Pertuan Agong, yang berharap tidak akan ada lagi kemelut politik semasa pemerintahannya.
Melabel Muhyiddin sebagai “kuasa sebenar di sebalik ketua pembangkang”, Lim Kit Siang berkata presiden Bersatiu itu telah “mengisytihkan perang” di Dewan Rakyat semalam.
Menurut veteran DAP itu, ucapan Muhyiddin dengan jelas menyatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) mahu enam pilihan raya negeri akan datang dijadikan sebagai “pilihan raya umum mini.”
Lim mendakwa bahawa jika gabungan pimpinan Muhyiddin memperoleh kemenangan besar, ia akan digunakan menjadi asas kepada satu lagi konspirasi politik seperti Langkah Sheraton untuk menumbangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.”
“Muhyiddin mahu Yang di Pertuan Agong ke-16 untuk terpaksa bekerja dengan lima orang Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun penggal pemerintahan baginda dari tahun 2019 hingga 2024, tetapi keputusannya terletak dalam tangan para pengundi di enam buah negeri dalam pilihan raya negeri mereka yang bakal berlangsung pada bulan Jun atau Julai, bukannya di tangan Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Lim mengulas amaran Muhyiddin kepada Anwar supaya tidak menganggap dirinya akan kekal memegang jawatan selama-lamanya.
Bekas perdana menteri itu mendakwa kerajaan hari ini melakukan aktiviti witch-hunt terhadap pentadbiran PN, yang bangkit dan jatuh akibat rampasan kuasa politik
Lim mendakwa Muhyiddin tidak akan menjadikan titah Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 sebagai panduan.
“Muhyiddin yakin dengan fenomena ‘gelombang hijau’, sama seperti pemimpin PN yang mengatakan gabungan itu boleh menawan kerajaan negeri Selangor dan peluang PN adalah 50-50 untuk menawan Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan , Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang akan diadakan pada Jun atau Julai tahun ini,” katanya.
Pada Isnin lalu , Al-Sultan Abdullah memberitahu Parlimen bahawa baginda berharap tidak ada lagi perdana menteri lain akan mengambil sumpah jawatan dihadapanya sebelum pemerintahannya selama lima tahun berakhir tahun depan.
Titah baginda, dirinya menjadi satu-satunya Yang di-Pertuan Agong “yang diberi keafiatan untuk memerintah negara dengan empat orang perdana menteri” dan mengimbas kembali bagaimana peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad pada 2020 memaksa baginda campur tangan dalam politik negara.
Sementara itu, Lim berkata ucapan perbahasan Muhyiddin menjelaskan mengapa Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin “gagal dalam ujian Agong untuk memastikan kestabilan politik untuk lima tahun yang akan datang.”
“Saya telah katakan yang Hamzah telah gagal untuk memberi aku janji bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri terakhir yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda berakhirnya penggal pemerintahan lima tahun baginda pada Januari depan, atau berjanji bahawa tidak akan ada pertukaran perdana menteri untuk lima tahun akan datang…
“Kini, punca kegagalan Hamzah dengan ujian ini sudah jelas – ucapan perbahasan Muhyiddin semalam adalah satu pengisytiharan perang yang menunjukkan bahawa dia tidak akan dihalang oleh Titah Diraja Yang di Pertuan Agong…,” katanya lagi. [MK]