Najib Razak: "Game On. Saya Setuju Debat Dengan Anwar. Let’s Rock!" | Malaysia News

Najib Razak: “Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock!”

Rafizi Ramli - Anwar Ibrahim - Najib Razak

Najib Razak: “Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock!”

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk berdebat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu kewangan Sapura Energy Berhad.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pasukan Anwar dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh mengaturkan bersama pihak media yang berhasrat mahu mengadakan siaran langsung mengenai perkara terbabit.

“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock! Saya minta pasukan Anwar dan Rafizi aturkan dengan media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan live.

“Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Sahutan itu dibuat oleh Najib tidak lama selepas Anwar menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri itu hari ini.

Najib sebelum ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi, namun Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlulah memanggil Anwar untuk berdebat sama.

Anwar kemudian dalam satu kenyataan menyahut seruan debat daripada Najib dan menyatakan bahawa beliau bersedia pada bila-bila masa.

“Beliau (Najib) kini memilih mencabar saya di awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela,” kata Anwar.

Mengulas lanjut, Najib turut menyatakan tidak memahami kenyataan dibuat oleh Anwar berhubung pihak mana yang mencabar terlebih dahulu untuk mengadakan debat itu.

“Seolah-olah Rafizi menipu Anwar apabila dia memberi taklimat kepada Anwar berhubung isu ini. Yang mula-mula cabar untuk debat ialah Rafizi sehari dua sebelum Ramadan bermula.

Anwar memetik pantun pendekar Melayu dengan berkata dirinya tidak takut akan cabaran debat tersebut.

Tuan Puteri pergi ke Lukut,
Bawa pulang kacang panjang,
Sedikit pun hamba tak takut,
Kalau berani turun gelanggang.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply