NGO India perlu bebas bersuara isu rakyat – Anwar Ibrahim

NGO India perlu bebas bersuara isu rakyat – Anwar Ibrahim
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa NGO-NGO yang mewakili kaum India berani bersuara isu-isu melibatkan kebajikan rakyat khususnya kaum India.
Katanya, NGO perlu bebas bergerak walaupun menerima peruntukan daripada kerajaan.
“Pada pendapat saya, NGO sepatutnya bebas bergerak. Tiada masalah membawa agenda kerajaan seperti pembangunan seperti kesihatan.
“Tapi, perlu juga bawa masalah-masalah masyarakat India, sehingga kini tidak ada penyelesaian bagi isu-isu itu,” katanya di majlis bersama pemimpin-pemimpin NGO di Lake Club, Kuala Lumpur, hari ini.
Program itu dianjurkan oleh pengasas SP Care Dr Sathia Prakash Nadarajan dan dihadiri lebih 200 pemimpin dari kalangan NGO India dari kawasan parlimen Hulu Selangor.
Katanya, NGO juga perlu memberi fokus kepada soal kerakyatan, kemiskinan, pengangguran, miskin bandar dan miskin luar bandar.
“Saya rasa kena ada keberanian bagi menuntut perubahan yang baik.
“Saya rasa ini yang penting, jangan asyik mengeluh kehidupan susah.
“Mereka mesti bawa perubahan. NGO-NGO ini mesti terangkan kepada rakyat,” katanya. [MK]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



