Nur Fazura : ‘Doakan saya’

Nur Fazura : ‘Doakan saya’
Kuala Lumpur, MTN – “Insya-Allah, doakan saya.” Demikian permintaan aktres, Nur Fazura berhubung spekulasi kini sudah berhijab seperti dipamerkan menerusi akaun Instagram (IG), sejak akhir-akhir ini.
Enggan mengesah atau menafikan berhubung penampilannya yang kini menjadi bualan ramai, isteri kepada aktor, Fattah Amin itu juga tidak berhasrat mengulas lanjut imej terbaharu, sebaliknya lebih selesa soalan berkaitan penghijrahan tidak terlalu digembar-gemburkan.
Meskipun bukan perkara baharu berikutan pelakon filem Dendam Pontianak sering tampil berhijab terutama pada Ramadan, namun ia menjadi tanda tanya selepas imej bertudung berterusan dimuat naik dalam setiap hantaran dalam IG, kecuali untuk video atau foto membabitkan kerjaya yang sudah dirakam lebih awal.
Meninjau ruangan komen foto dalam hantaran Fazura mengenakan tudung, rata-rata pengikut pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-27 itu memuji penampilannya dan mengharapkan terus berkekalan. [BH]
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanJune 3, 2025Ernie Zakri tutup konsert Aura penuh magis di Singapura
TokohJune 2, 2025Agong – Darjah kebesaran bukan untuk dijual beli
InternationalJune 1, 2025HAJI 2025 – Pasukan Keselamatan Haji Arab Saudi pada tahap siap siaga tertinggi
Top NewsMay 28, 2025HAJI 2025 – Fokus Ibadah menjelang Hari Wukuf