Patung Firaun Bersimbol ‘Semangat Manusia, Dewa’ Ditemui

Patung Firaun Bersimbol ‘Semangat Manusia, Dewa’ Ditemui
KAHERAH: Kementerian Antikuiti Mesir mengumumkan penemuan patung kepala Firaun Ramses II yang dianggap unik, ditemui berhampiran Giza yang terletak di selatan kota raya ini.
Kenyataan itu berkata, patung itu ialah artifak granit merah Ramses II yang turut mengandungi simbol ‘ka’.
Ka dalam kepercayaan Mesir Purba, mewakili semangat manusia atau dewa yang berada dalam patung selepas kematiannya.

Eskavasi itu dibuat kumpulan arkeologi kementerian berkenaan di tanah persendirian di Mit Rahina berhampiran tapak kota purba Memphis kira-kira 30 kilometer selatan Kaherah, minggu lalu.
Ramses II, antara Firaun terkenal pada dinasti ke-19 (1301-1236 sebelum Masihi), berukuran 105 sentimeter tinggi dan 55 sentimeter lebar.
Beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir gigih mempromosi penemuan arkeologi di seluruh negara dalam usaha untuk menghidupkan semula pelancongan yang terjejas teruk selepas kebangkitan 2011. – AFP
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



