Peguam Negara perlu dipecat kerana memperlekehkan titah Raja-Raja Melayu

Peguam Negara perlu dipecat kerana memperlekehkan titah Raja-Raja Melayu
Kuala Lumpur, MTN – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Peguam Negara perlu meletakkan jawatan secara terhormat.
Dalam satu kenyataan Majlis Presiden PH itu memaklumkan, Tan Sri Idrus Harun dilihat tidak lagi mampu untuk menjalankan tugas rasminya secara profesional dan berkecuali (neutral) dalam menegakkan undang-undang, termasuk dalam isu memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.
PEGUAM NEGARA PERLU DIPECAT ATAU LETAK JAWATAN, TIDAK LAGI MAMPU MENASIHATI YDP AGONG
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum laporan media yang mengajukan pandangan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong perlu menerima nasihat guaman sendiri melalui badan seperti Majlis Privi (Privy Council).
“Isu ini timbul susulan siri kenyataan umum Peguam Negara, termasuk yang terkini berkaitan isu penzahiran sokongan terhadap Perdana Menteri serta kenyataan 25 Jun lalu berhubung kuasa-kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan nasihat Jemaah Menteri yang telah melampaui batas adab kerana memperkecil dan memperlekehkan titah pandangan Raja-Raja Melayu.
Walaupun Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara perkara undang-undang…”, namun timbul tanda tanya apakah Peguam Negara kini boleh menjalankan fungsi tersebut secara tidak berat sebelah (‘impartial’).
Apatah lagi apabila kita diingatkan bahawa terdapat kes-kes profil tinggi tertentu seperti YB Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Mei namun sehingga hari ini tiada arahan pendakwaan dari Peguam Negara.
Ini memang luarbiasa apabila seseorang itu ditahan lebih sebulan yang lalu namun masih belum didakwa, dan semestinya menimbulkan tanda tanya samada wujud motivasi lain dengan melengahkan pendakwaan di mahkamah.
Oleh itu, Majlis Presiden mengulangi pendirian bahawa Peguam Negara perlu dipecat, atau beliau sendiri meletakkan jawatan secara terhormat kerana beliau dilihat tidak lagi mampu menjalankan tugas rasminya secara profesional dan berkecuali (neutral) dalam menegakkan undang-undang, termasuk dalam isu memberi nasihat kepada Seri Paduka Baginda.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia