Pemimpin PH-BN berjumpa pagi esok – sumber

Pemimpin PH-BN berjumpa pagi esok – sumber
Desas-desus kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semakin bertiup kencang, apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dikatakan akan mengadakan perjumpaan di hotel Seri Pacific, di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi esok.
Beberapa sumber PH dan BN memberitahu perkara itu kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak memberitahu tujuan perjumpaan itu diadakan.
“Saya diberitahu memang ada perjumpaan antara pemimpin PH dan BN.
Jumpa lepas penat kempen PRU15
“Tapi, saya masih tidak pasti perjumpaan itu berkenaan apa,” kata sumber BN itu ketika dihubungi.
Sementara itu, satu lagi sumber dari PH berkata bahawa ia sekadar perjumpaan biasa sahaja.
“Bukan rasmi. Sekadar perjumpaan biasa.
“Tak salah, jika pemimpin PH dan BN berjumpa dan bertukar pandangan selepas penat dengan kempen pilihan raya,” katanya. [MK]
Malaysians want DSAI to be their 10th Prime Minister!
https://www.change.org/p/malaysians-want-dsai-to-be-their-10th-prime-minister?signed=true
Author Profile

Latest entries
EkonomiMay 22, 2025Harga minyak dijangka kekal tinggi sekitar AS$65 setong
EkonomiMay 21, 2025Peningkatan Industri Pendaratan Ikan Tuna di Pulau Pinang
IT & Social MediaMay 20, 2025‘Di sebalik manfaat AI, penjenayah siber juga ambil kesempatan’
NationalMay 14, 2025Aaron – 19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini