Pengambilalihan baki saham MAHB cecah 75.73 peratus

Pengambilalihan baki saham MAHB cecah 75.73 peratus
Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 75.73 peratus.
AmInvestment Bank dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah saham MAHB yang dipegang oleh pemberi tawaran bersama dan pemberi tawaran muktamad bersama pada 5 petang, 6 Jan 2025 adalah pada 70.08 peratus (1,169,277,833 saham), dengan 5.65 peratus (94,297,176 saham) penerimaan belum selesai.
Ini menjadikan jumlah saham yang diperoleh sebanyak 75.73 peratus dengan sejumlah 1,263,575,009 saham.
Tawaran pengambilalihan untuk saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham selebihnya dan tempoh telah dilanjutkan kepada Jumaat, 17 Jan 2025 daripada 8 Jan 2025, kata bank pelaburan itu.
[Bernama]
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 18, 2025xAI – Elon Musk perkenal model Grok 3 saingi ChatGPT
PolitikFebruary 18, 2025Tukar nama Teluk Mexico, Sheinbaum beri amaran tindakan ke atas Google
EkonomiFebruary 17, 2025ECRL – Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar
IT & Social MediaFebruary 16, 2025WhatsApp Chat Themes – WA perkenal ciri ‘Tema Sembang’