Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadap Agong

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadap Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Istana Negara petang ini.
Menurut pihak istana, sesi menghadap yang bermula jam 5 petang itu merupakan kali pertama sejak Anwar dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada Khamis lalu.

“Sesi menghadap yang bermula pada jam 5.00 petang itu merupakan yang kali pertama buat YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sejak beliau menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 di istiadat pada 24 November lepas di Istana Negara,” menurut kenyataan tersebut.
Sesi menghadap Seri Paduka Baginda diadakan sehari sebelum Majlis Raja-raja Melayu dijadualkan bersidang esok.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



