PH: Darurat Beri Kuasa Mutlak Pada Perdana Menteri | Malaysia News
April 13, 2021

PH: Darurat beri kuasa mutlak pada Perdana Menteri

MTN – Pakatan Harapan (PH) berpendapat darurat tidak perlu diisytiharkan, antaranya kerana ia didakwa memberi kuasa mutlak kepada seorang perdana menteri.

“Malah kami melihat tindakan menggantung parlimen dan dewan-dewan undangan negeri pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat.

“Kuasa darurat ini bermakna memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri untuk melakukan hampir apa sahaja, sewenang-wenangnya,” kata tiga pemimpin kanan PH Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng.

Perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden PH selama dua jam yang dipengerusikan oleh Anwar yang juga presiden PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.

Majlis Presiden PH menegaskan undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diumumkan semalam, cukup untuk mengumpul sumber dan kekuatan bagi mengatasi Covid-19.

“Majlis Presiden mengambil pendirian menolak rasional serta alasan-alasan yang telah diberikan Muhyiddin Yassin bahawa kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari Covid-19.

“Kami berpendapat bahawa undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumum semalam, adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini,” kata mereka.

Advertisement

Kenyataan satu halaman dibacakan oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil kepada pemberita sebentar tadi.

‘Berselindung di balik Covid-19’

PH juga berkata tindakan Muhyiddin mengusulkan darurat ketika dia kehilangan sokongan majoriti anggota parlimen, termasuk Machang dan Padang Rengas, tidak boleh diterima sama sekali.

“Jangan berselindung di sebalik Covid-19 dan membebankan rakyat dengan perisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri,” kata mereka.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini berkenan supaya darurat tujuh bulan sehingga 1 Ogos untuk membendung Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perintah itu boleh ditamatkan lebih awal jika Covid-19 dapat dikawal.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata parlimen akan digantung dan pilihan raya tidak akan diadakan, tetapi badan kehakiman, kerajaan awam dan kegiatan ekonomi akan berjalan seperti biasa.

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •