PKR terus mendapat sokongan rakyat, terima lebih 78 ribu ahli baru
PKR terus mendapat sokongan rakyat, terima lebih 78 ribu ahli baru
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menerima sejumlah 78,093 permohonan keanggotaan baru dari 24 November 2021 sehingga penutupan pendaftaran pada 31 Januari 2022.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa parti itu masih mendapat sokongan dan menjadi pilihan rakyat untuk memacu politik negara.
“Proses ini akan dibuka bermula 3 Februari 2022 sehingga 9 Februari 2022. Jika terdapat bantahan pada senarai anggota baharu yang dibekalkan, Cabang boleh kemukakan bantahan kepada Pejabat Setiausaha Agung sebelum atau pada 9 Februari 2022.
“Keputusan Majlis Pimpinan Pusat ke atas setiap bantahan yang diterima adalah muktamad,” kata beliau.
“Ahli biasa yang ingin membuat bantahan boleh membuat bantahan di pejabat cabang dan cabang akan memanjangkan bantahan itu ke ibu pejabat.
“Atau cabang terus boleh buat kepada ibu pejabat,” katanya.
Sementara itu beliau berkata, PKR akan mengeluarkan Daftar Anggota Induk yang lengkap pada 18 Februari 2022 seterusnya menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti bagi melengkapkan Daftar Pemilih untuk kegunaan Pemilihan Parti.
“Penyertaan dengan jumlah yang begitu besar ini menunjukkan PKR terus mendapat sokongan dan dokongan rakyat untuk terus memacu politik dan kepimpinan negara,” katanya.
Author Profile
Latest entries
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC
- NationalJuly 3, 2024RM699 juta bina Hospital wanita dan kanak-kanak di Melaka