PM Anwar Diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) | Malaysia News

PM Anwar diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)

PM Anwar dan Profesor Datuk Mohd Zin Bidin

PM Anwar diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Pengisytiharan tersebut disempurnakan oleh pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pengisytiharan itu juga selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 iaitu perdana menteri adalah Presiden Agung PPM.

Pada majlis sama, Anwar turut menerima Anugerah Bintang Semangat Padi Emas iaitu anugerah tertinggi PPM yang eksklusif diberikan dalam kalangan pemimpin negara dan negeri-negeri.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti dan Bendahari Majlis Pengakap Negara Tan Sri Abdullah Taib.

Mohd Zin berkata pengisytiharan Anwar sebagai Presiden Agung dapat mengangkat imej PPM ke tahap yang lebih tinggi sekali gus memperkukuhkan lagi peranan pergerakan kepengakapan tanah air sebagai organisasi pendidikan tidak formal terbesar di negara ini.

“Semoga pelantikan ini dapat menarik ahli-ahli muda di peringkat universiti dan sekolah menyertai pengakap kerana kita ada sistem latihan yang mantap,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu. [Bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply