PM Anwar menghadap Agong hari ini, Barisan Kabinet hampir dimuktamadkan

PM Anwar menghadap Agong hari ini, Barisan Kabinet hampir dimuktamadkan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet kini hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam pada itu berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 8 pagi hari ini.
“Saya mohon maaf, terpaksa bergegas (untuk) selesaikan masalah (isu Kabinet) dengan semua komponen, kerana kita harus segera bentuk barisan jemaah menteri dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, saya harap dapat diumum dalam masa dua, tiga hari lagi,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Reformis di Sungai Long, Kajang.
Perjalanan majlis itu disiarkan secara langsung dalam laman Facebooknya.
Perdana Menteri dijadualkan ke Perak esok antara lain untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada pukul 10 pagi.
Selepas itu, beliau dijadual mengadakan sesi tinjauan mesra di Pasar Tanjung Rambutan, lawatan tapak Klinik Kesihatan Manjoi dan kemudian solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Ipoh. [Bernama]
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia