Polis Menahan Pengasas Sugarbook | Malaysia Top News
February 27, 2021

Polis Menahan Pengasas Sugarbook

MTN – Polis menahan pengasas aplikasi Sugarbook di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan menerusi Ops Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang oleh sepasukan anggota JSJ Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Siasatan awal suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berhubung mahasiswa di Lembah Klang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral, bagi mencari ‘sugar daddy’.

Advertisement

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, susulan itu pihaknya telah membuka kertas siasatan untuk tindakan lanjut.

Baru-baru ini media melaporkan Malaysia diletakkan pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook, yang menyediakan platform untuk mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.

Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan bahawa ramai wanita Malaysia terutama penuntut universiti menawarkan diri sebagai ‘sugar baby’.
[sh]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •