Presiden Parti BERSATU Muhyiddin Yassin ditahan SPRM

Presiden Parti BERSATU Muhyiddin Yassin ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.
SPRM dalam kenyataan berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ditahan pada jam 1 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk dirakam percakapan.
“Beliau (Muhyiddin) ditahan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.
“SPRM juga telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Kuala Lumpur pada 10 Mac 2023,” katanya pada Khamis.
Tambah SPRM, Muhyiddin bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan Muhyiddin dibebas dengan jaminan SPRM.
“Selepas direkod keterangan, beliau akan dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini.
“Beliau (Muhyiddin) akan hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur esok,” ujarnya. [SH]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



