PRN Johor: BN Menang Dua Pertiga - BN 40, PN 3, PH 12, Muda 1 | Malaysia News
December 14, 2024

PRN Johor: BN menang dua pertiga – BN 40, PN 3, PH 12, Muda 1

PRN Johor:  BN menang dua pertiga – BN 40, PN 3, PH 12, Muda 1

PRN Johor: BN menang dua pertiga – BN 40, PN 3, PH 12, Muda 1

Joho Bahru – Pilihan Raya DUN Johor melabuhkan tirainya dengan BN dinobat sebagai pemenangnya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan keputusan rasmi berkata, BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Dalam pada itu, beliau berkata Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 kerusi, manakala PKR hanya menang satu daripada 20 kerusi yang ditandingi.

Untuk PRN Johor, hanya DAP dan Amanah bertanding menggunakan logo PH.

Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu); Pas dan Gerakan pula menang 3 daripada 56 kerusi yang ditandingi gabungan itu.

Sementara itu, Parti MUDA pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga hanya memenangi 1 kerusi.

Calon MUDA, Amira Aisya Abd Aziz menang di kerusi DUN Puteri Wangsa.

Selain itu, Parti Warisan yang melebarkan sayap ke Semenanjung pula gagal memenangi mana-mana kerusi DUN.

Kerusi BN:

  1. Buloh Kasap (Umno)
  2. Pemanis (Umno)
  3. Kemelah (MIC)
  4. Tenang (Umno)
  5. Bekok (MCA)
  6. Bukit Pasir (Umno)
  7. Gambir (Umno)
  8. Serom (Umno)
  9. Bukit Naning (Umno)
  10. Sungai Balang (Umno)
  11. Semerah (Umno)
  12. Sri Medan (Umno)
  13. Yong Peng (MCA)
  14. Semarang (Umno)
  15. Parit Yaani (Umno)
  16. Parit Raja (Umno)
  17. Senggarang (Umno)
  18. Rengit (Umno)
  19. Machap (Umno)
  20. Layang-layang (Umno)
  21. Mahkota (Umno)
  22. Paloh (MCA)
  23. Kahang (MIC)
  24. Tenggaroh (MIC)
  25. Panti (Umno)
  26. Pasir Raja (Umno)
  27. Sedili (Umno)
  28. Johor Lama (Umno)
  29. Penawar (Umno)
  30. Tanjung Surat (Umno)
  31. Tiram (Umno)
  32. Permas (Umno)
  33. Larkin (Umno)
  34. Kempas (Umno)
  35. Kota Iskandar (Umno)
  36. Bukit Permai (Umno)
  37. Benut (Umno)
  38. Pulai Sebatang (Umno)
  39. Pekan Nanas (MCA)
  40. Kukup (Umno)
  41. Pakatan Harapan dan sekutu:
  42. Jementah (DAP)
  43. Tengkak (DAP)
  44. Bentayan (DAP)
  45. Penggaram (DAP)
  46. Mengkibol (DAP)
  47. Johor Jaya (DAP)
  48. Stulang (DAP)
  49. Perling (DAP)
  50. Skudai (DAP)
  51. Senai (DAP)
  52. Simpang Jeram (Amanah)
  53. Bukit Batu (PKR)
  54. Puteri Wangsa (Muda)
  55. Perikatan Nasional:
  56. Bukit Kepong (Bersatu)
  57. Maharani (PAS)
  58. Endau (Bersatu)

Pakatan Harapan (PH) dan sekutu:

  1. Jementah (DAP)
  2. Tengkak (DAP)
  3. Bentayan (DAP)
  4. Penggaram (DAP)
  5. Mengkibol (DAP)
  6. Johor Jaya (DAP)
  7. Stulang (DAP)
  8. Perling (DAP)
  9. Skudai (DAP)
  10. Senai (DAP)
  11. Simpang Jeram (Amanah)
  12. Bukit Batu (PKR)
  13. Puteri Wangsa (Muda)

Perikatan Nasional:

  1. Bukit Kepong (Bersatu)
  2. Maharani (PAS)
  3. Endau (Bersatu)
Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply