PRN Johor - Selesaikan Masalah Rakyat Dulu | Malaysia News

PRN Johor – Selesaikan masalah rakyat dulu

Anwar Ibrahim

PRN Johor – Selesaikan masalah rakyat dulu

Sepatutnya tidak timbul isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ketika masih banyak isu yang perlu ditangani kerajaan, kata Pengerusi PH Anwar Ibrahim.

Menurut ketua pembangkang itu memang pihaknya bersedia untuk ‘bertempur’ jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan pada waktu terdekat, namun kerajaan Johor wajar melihat situasi semasa.

Tambah Anwar ketika ini banyak masalah yang membebankan rakyat sedang dihadapi seperti pemulihan daripada banjir serta ancaman Covid-19, dan itu yang sepatutnya diutamakan oleh kerajaan.

Pada masa sama ahli parlimen Port Dickson itu berkata, PRN yang diadakan sekarang memang akan menguntungkan kerajaan.

“[…] apa kewajarannya? Kes Covid-19 bertambah, sekatan perlu (diadakan) dan perjalanan kempen itu akan memihak kepada kerajaan… itu semua kita tahu,” katanya kepada media di Port Dickson hari ini.

Mengenai masalah banjir, kata Anwar, ia dihadapi oleh Johor sendiri.

“Banjir surut tidak bermakna dah selesai masalah. Rakyat masih susah, kadang-kadang mereka (pemimpin kerajaan) ini tak faham, tak pernah turun ke bawah, turun begitu-begitu sahaja, ‘main wayang’ sikit,” tambahnya.

Turun padang untuk faham

Pada 25 Dis lalu, kerajaan Johor yang diketuai Umno – dan disokong Perikatan Nasional – memaklumkan akan memantau keadaan semasa termasuk keperluan untuk mengadakan PRN berikutan hanya mempunyai kelebihan satu kerusi di DUN.

Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad, berkata dia akan bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memaklumkan tentang kedudukan kerajaan negeri yang ketika ini mempunyai majoriti yang amat tipis dan mendakwa dikhuatiri bertambah tidak stabil.

Khabar mengenai pembubaran DUN dan PRN Johor itu bertambah kuat sejak seminggu dua ini apabila parti politik, termasuk Pakatan Harapan (PH) Johor mengakui ada membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya mendapat maklumat DUN Johor mungkin akan dibubarkan seawal 15 Januari ini.

Bagaimanapun pembangkang konsisten berpendapat PRN tidak sesuai diadakan sekarang.

Kata Anwar jika seseorang pemimpin rajin turun padang, mereka tentu akan faham kesusahan yang dihadapi rakyat terbanyak.

Menurut presiden PKR itu lagi, bagi orang yang tidak terjejas oleh banjir, surutnya bah itu mungkin dilihat keadaan sudah pulih dan bebanan yang ditanggung semakin ringan.

Namun katanya bagi mangsa banjir kesukaran masih dihadapi.

‘Kelengkapan rumah (musnah), dapur rosak… sebab itu kita kata selesaikan ini dulu.

“Andai kata pilihan raya nak diadakan juga kita sedia bertempur pada kadarnya,” ketika.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply