PRN Sarawak: SOP pilihan raya mengecewakan, tak berasaskan bukti perubatan

PRN Sarawak: SOP pilihan raya mengecewakan, tak berasaskan bukti perubatan
MTN – Presiden PKR Anwar Ibrahim mengkritik prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Sarawak sebagai mengecewakan dan tidak berasaskan bukti perubatan.
Anwar juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya berbincang dengan semua parti yang betanding sebelum merangka SOP tersebut.
“Proses pilihan raya yang baik dan teratur penting untuk menjamin keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat.
“Perbincangan yang kritikal terhadap elemen-elemen yang terdapat di dalam SOP perlu dilakukan.
“Saya tidak melihat ada sebab yang konkrit – termasuklah fakta-fakta berasaskan bukti perubatan dalam SOP terbaru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Antara SOP yang ditetapkan adalah calon dilarang menjalankan kegiatan kempen di luar kawasan yang ditandingi mereka.
Ia dikritik Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.
Membangkitkan kawasannya sendiri, dia berkata terdapat beberapa DUN di Sibu dan pengundi tidak semestinya tinggal atau bekerja di kawasan sama tempat mereka mengundi.
Mengikut peraturan SPR, parti boleh mendapatkan pengecualian untuk 15 ahli parti.
Bagaimanapun, hanya lima orang dibenarkan berada di kawasan pilihan raya pada satu-satu masa.
Selain itu, penganjuran ceramah atau syarahan secara fizikal hanya dibenarkan di 64 kawasan DUN yang tidak mempunyai capaian Internet yang tinggi.
Anwar berkata pihak yang bertanggungjawab pernah berkata untuk membuat kajian terhadap SOP dalam pilihan raya/
“Malangnya setelah PRN Melaka selesai, kajian itu tidak diterbitkan.
“Walaupun dunia masih lagi berhadapan dengan pandemik, ia bukanlah alasan untuk menjadikan proses pilihan raya menjadi tempang,” katanya lagi. [MK]
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia