PRU 15 diadakan tahun depan – Anthony Loke

PRU 15 diadakan tahun depan – Anthony Loke
DAP menjangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun depan, kata setiausaha agungnya Anthony Loke.
Beliau berkata ruang bagi kemungkinan PRU15 diadakan tahun ini agak terhad, kerana ia tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat semasa kerajaan sedang jenuh menangani isu inflasi, yang akan mengambil masa selama beberapa bulan.
“Ruang berikutnya mungkin selepas pembentangan Bajet 2023, namun tempoh hujung tahun ini juga mungkin tidak akan diadakan pilihan raya disebabkan musim hujan,” katanya kepada editor kanan media di mesyuarat Concorde Club di sini hari ini.
Katanya beliau berpendapat PRU mungkin diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun depan (April), atau mungkin juga lebih awal.
Tempoh penggal semasa Parlimen tamat pada Julai tahun depan.
Merujuk kepada penggunaan logo bagi pakatan pembangkang pada PRU itu nanti, Loke berkata tiada keputusan dibuat berhubung perkara berkenaan setakat ini, dan beliau berharap ia dapat dimuktamadkan bulan depan. [Bernama]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



