Rakaman Video MP PAS Langgar Titah Agong Untuk Rahsiakan Sokongan | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652
September 25, 2022
MP PAS - Ahmad Tarmizi Sulaiman - Ahli Parlimen Sik

Rakaman Video MP PAS langgar titah Agong untuk rahsiakan sokongan

MTN – Kesemua 114 ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai Akuan Bersumpah (SD) mereka hari ini.

Namun tular satu video ahli Parlimen dari Pas dilihat melanggar arahan merahsiakan sokongan.

Dalam satu video saat itu, kelihatan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman sedang ditemubual Yang di-Pertuan Agong.

Menurut penjelasan Ahmad Tarmizi, temubual itu dibuat di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut di sini.

“Patik Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

“Siapa pilihan Yang Berhormat? Tanya Yang di-Pertuan Agong.

“Patik memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ahli Parlimen Bera untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika ini,” jawab Ahmad Tarmizi sambil tersenyum.

“Dengan penuh rela? tanya baginda.

“Dengan penuh rela, sukarela dan sukahati,” jawab Ahmad Tarmizi.

Bagaimanapun, sokongan peribadi setiap 220 ahli Parlimen sepatutnya dikhaskan bagi kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ia tertulis pada titah baginda yang menyatakan “Ahli-ahli yang berhormat diperingatkan untuk menjaga kerahsiaan Surat Akuan tersebut sehingga ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengenai perkara di perenggan 2 di atas”.

 
Facebook Comments