Rina: keutamaan sekarang ialah mangsa bencana

Rina: keutamaan sekarang ialah mangsa bencana
Kempen seperti “do not donate here” yang mengajak orang ramai tidak menderma kepada tabung bencana di bawah kelolaan kerajaan adalah tidak wajar keranan negara dilanda bencana sekarang, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun.
Rina berkata keutamaan sekarang ialah mangsa bencana.
Malah dia sendiri memberi jaminan bahawa sumbangan yang diterima tabung bencana kerajaan akan disalurkan kepada kumpulan sasar.
“Apa yang kita laksanakan (tabung bencana), donation (sumbangan) yang kita dapat kita sumbang balik kepada rakyat,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan di Sepang hari ini.
Dalam keadaan sekarang, katanya, tidak perlu ada tanda pagar sebegitu.
“Tak kira sesiapa pun, sesiapa boleh membantu asalkan matlamat tercapai dan penerima bantuan dapat manfaat, itu yang penting,” kata Rina.
Dalam perkembangan lain, Rina yang dikecam kerana dirakamkan memakai kasut bertumit tinggi semasa membuat lawatan ke PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy di Jalan Klang Lama pada Ahad lepas, berkata penampilan itu sepatutnya tidak perlu dijadikan isu.
Pada hari kejadian, katanya dia sedang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Keempat Bersatu di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur, dan bergegas keluar dari situ sejurus tamat ucapan presidennya, Muhyiddin Yassin.
“Semasa dalam perhimpunan, saya terima banyak mesej mengenai kawasan-kawasan terlibat banjir dan saya kira perlu saya turun untuk lihat keadaan.
“Masa itu saya hanya sempat tukar baju kurung kepada seluar dan baju, saya tidak sempat tukar kasut dalam keadaan kelam-kabut.
“Apa yang penting keberadaan saya di tempat tersebut untuk melihat kebajikan mereka terjaga dan apa lagi keperluan mereka yang boleh saya bantu,” katanya. [MK]
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia