Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Rizab Antarabangsa Malaysia berjumlah AS$115.5 bilion setakat 15 Januari 2025, berbanding AS$116.2 bilion pada 31 Disember 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab pertukaran asing (AS$103.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Dunia (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion), kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Jumlah aset sebanyak RM618.95 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR (RM516.85 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.85 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.43 bilion), tanah dan bangunan (RM4.60 bilion) serta aset-aset lain (RM58.22 bilion).
Bank pusat itu berkata jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM618.95 bilion, merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM187.75 bilion), mata wang dalam edaran (RM174.24 bilion), deposit institusi kewangan (RM118.54 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.32 bilion), deposit lain-lain (RM80.26 bilion), kertas Bank Negara (RM12.46 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.10 bilion).
[Bernama]
Facebook Comments
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



