Sejak 7 Okt lebih 3,257 kanak-kanak Palestin terbunuh

Sejak 7 Okt lebih 3,257 kanak-kanak Palestin terbunuh
Jumlah kanak-kanak yang dilaporkan terbunuh di Semenanjung Gaza dalam tempoh tiga minggu lalu melepasi angka tahunan kanak-kanak yang maut di zon konflik di seluruh dunia sejak 2019.
Badan amal Save the Children berkata sejak 7 Okt, lebih 3,257 kanak-kanak Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk sekurang-kurangnya 3,195 di Gaza manakala 33 lagi di Tebing Barat.
Selain itu, sekurang-kurangnya 6,360 kanak-kanak di Gaza cedera manakala sekurang-kurangnya 180 lagi di Tebing Barat.
Menurut laporan pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seramai 2,985 kanak-kanak terbunuh di 24 negara pada 2022, diikuti 2,515 pada 2021 manakala 2,674 lagi pada 2020 di 22 negara.
Pada 2019 seramai 4,019 kanak-kanak dilaporkan maut.
Pertubuhan bukan kerajaan itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya berkata kanak-kanak membentuk lebih 40 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang terbunuh di Gaza manakala 1,000 lagi kanak-kanak dilaporkan hilang.
Angka kanak-kanak yang hilang itu dipercayai lebih tinggi kerana kebanyakan mangsa dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah dibom tentera penceroboh. [Bernama]
Author Profile

Latest entries
Top NewsNovember 8, 2023Sejak 7 Okt lebih 3,257 kanak-kanak Palestin terbunuh
TokohMay 29, 2023PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
NationalMay 28, 2023Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top IssuesMay 27, 2023Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar