Selangor Bakal Lokasi Kedua PKPD?

Selangor Bakal Lokasi Kedua PKPD?
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mungkin dilaksanakan di beberapa kawasan di Selangor, kata Ketua Pengarah Kesihatan. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ia berikutan negeri itu mencatatkan taburan bilangan kes jangkitan Covid-19 paling tinggi, setakat ini.
“Kalau kita lihat dalam taburan bilangan jangkitan yang paling tinggi ialah di Selangor. Dalam pada itu, kita (KKM) lihat kawasan mana dan zon mana yang tertinggi sekali.
“Jadi, kita sudah kenal pasti ada satu atau dua zon kawasan di Selangor yang mungkin kita akan ambil tindakan seperti mana tindakan diambil di Simpang Renggam, Kluang, Johor,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Beliau mengulas pertanyaan pemberita berkenaan hantaran KKM di Facebook yang memaparkan beberapa lokasi yang disenaraikan sebagai zon merah iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang di Selangor.
Turut tersenarai adalah Tawau, Sabah; Kuching, Sarawak; dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



