“Kami bersyukur kerana empat pesakit telah pulih baru-baru ini untuk datang ke acara ini. Seorang lagi kanak-kanak masih dalam proses pemulihan dan kami berhasrat untuk membawanya pada masa akan datang. Hari ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Resorts World Genting kerana menaja tempat untuk acara ini.
Ia amat bermakna buat kanak-kanak ini dan keluarga mereka kerana ada di antara mereka belum pernah ke sini. Berpeluang menjamu selera di Ed’s Diner dan bermain di SkyTropolis termasuk menonton Imaginatricks bagaikan mimpi jadi kenyataan buat mereka.
Di SIMPLYSITI, seluruh jiwa kami sentiasa bersama-sama mereka yang kurang bernasib baik dan kami amat berbesar hati mempunyai rakan kongsi yang sentiasa menyokong kami,” kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Tambah Puan Sri Cecilia, ‘Resorts World Genting memiliki pelbagai yang boleh ditawarkan dan pengalaman. Kami lebih daripada gembira kerana diberi peluang ini untuk menjadi tuan rumah dan kami berharap kanak-kanak terbabit bersama keluarga mereka berpeluang merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Apa yang dimulakan oleh SIMPLYSITI DI HATI adalah sesuatu yang terpuji dan kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Dato ‘Sri Siti Nurhaliza bagi membantu proses pemulihan kanak-kanak terlibat.’
Seramai 100 orang tetamu menyaksikan dua persembahan di SkySymphony. Seterusnya, mereka menjamu selera di restoran Ed’s Diner dari UK di mana Puan Sri Cecilia Lim menghadiahkan paket ang pow dan beg goodie untuk pesakit jantung dan semua tetamu. Program diteruskan ke SnowWorld dan merasai pengalaman mendebarkan di SkyTropolis.
Selepas selesai makan malam di Coffee Terrace, kumpulan itu merasai pengalaman penuh adrenalin di Imaginatricks yang kini merupakan salah satu pertunjukan dengan koreografi terbaik di Malaysia yang merangkumi persembahan akrobatik, tarian, dan nyanyian sebelum bersurai.