Sokongan Anwar Ibrahim Jadi PM Baharu 'lebih Paras Mencukupi' | Malaysia News
February 23, 2024

Sokongan Anwar Ibrahim jadi PM baharu ‘lebih paras mencukupi’

Anwar Ibrahim Mengadap Agong

Sokongan Anwar Ibrahim jadi PM baharu ‘lebih paras mencukupi’

MTN – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sudah mendapat angka sokongan mencukupi daripada beberapa parti dan ahli-ahli Parlimen fraksi Perikatan Nasional (PN) untuk dipilih sebagai Perdana Menteri baharu.

Beberapa parti dalam blok pembangkang selain Pakatan Harapan (PH) serta ahli-ahli Parlimen daripada PN sudah menyatakan persetujuan menyokong Anwar, dedah sumber.

Perkara itu didedahkan sumber terdekat kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menegaskan setakat ini, beberapa parti dalam blok pembangkang selain Pakatan Harapan (PH) serta ahli-ahli Parlimen daripada PN sudah menyatakan persetujuan menyokong Anwar.

Jelas beliau, sokongan daripada ahli-ahli Parlimen fraksi PN yang diterima Anwar adalah berbentuk peribadi dan dikemukakan dalam bentuk warkah akuan sokongan untuk dipersembahkan kepada Istana Negara.

“Setakat ini, sudah ada persetujuan daripada beberapa parti pembangkang yang bukan bersama PH untuk menyokong Anwar, termasuk beberapa ahli Parlimen yang bersama PN ketika ini.

“Bagaimanapun, sokongan daripada parti atau ahli Parlimen luar PH bukan berbentuk perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) sebagaimana didakwa segelintir pihak.

“Sebaliknya, sokongan itu bagi membentuk sebuah kerajaan baharu yang mempunyai paras sokongan majoriti lebih daripada mencukupi,” kata sumber berkenaan selepas dihubungi Sinar Premium pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson difahamkan sudah mendapat sokongan secara ‘grand coalition’ daripada parti-parti blok pembangkang untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri baharu.

Melalui sokongan secara ‘grand coalition’ berkenaan, Anwar dikatakan sudah menerima sejumlah 105 sokongan ahli-ahli Parlimen dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam lagi sokongan ahli Parlimen daripada blok kerajaan bagi meraih sokongan majoriti. [SH]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply