Tak perlu tunggu September, Anwar boleh buktikan sokongan cukup

Tak perlu tunggu September, Anwar boleh buktikan sokongan cukup
MTN – Mahiaddin umumkan dia masih lagi mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan bagi membolehkan dia kekal sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kekal mentadbir.
Mahiadin juga umumkan akan membuktikan keabsahan majoriti di Dewan Rakyat pada sidang September nanti.
Pandangan saya, pembangkang khususnya Ketua Pembangkang perlu ambil tindakan segera.
TIDAK PERLU mengikut kehendak Mahiaddin menunggu sidang September untuk buktikan keabsahan Mahiaddin.
Pembangkang perlu bersama, bersatu kumpul semua Ahli Dewan di suatu lokasi bersama Surat Akuan menolak sokongan kepada Mahiaddin.
Jika benar di Dataran Merdeka pada Isnin sudah ada 107 dan pengumuman lapan daripada Umno menarik sokongan, kumpul 107 dan 8 ini untuk nyatakan kedudukan sebenar.
Kenapa perlu mengikut kehendak Mahiaddin untuk menunggu September jika kita tidak mengiktiraf Mahiaddin.
Semua tahu apa saja boleh berlaku mulai hari ini sehingga September nanti.
Keputusan mahkamah membuktikan bahawa sokongan majoriti bukan hanya di Dewan Rakyat tetapi boleh di luar Dewan.
Bertindak segera. Bersatulah untuk negara. Jangan fikir diri sendiri tetapi di mulut mengucap demi rakyat.
Ketepikan dulu kekhilafan, bersatu menolak dakwaan Mahiaddin.
Author Profile

Latest entries
KesMarch 6, 20251MDB – Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara
SukanMarch 5, 2025Reijnders Pemain TimNas Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
IT & Social MediaMarch 4, 2025Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
TokohFebruary 26, 2025Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia