Tiada Faedah Terus Layan PAS - Khaled | Malaysia News
September 20, 2024

Tiada faedah terus layan PAS – Khaled

Abdul-Hadi Awang - Mohamed Khaled Nordin

Tiada faedah terus layan PAS – Khaled

UMNO bersama-sama Barisan Nasional (BN) akan terus mara ke hadapan, dan akan meninggalkan episod pertelingkahan antara parti itu dan PAS, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, tiada faedah untuk terus melayan PAS, kerana parti itu secara berterusan melemparkan segala ugutan, tohmahan, dan sanggahan terhadap UMNO.

Dalam cacatan terbaharu di Facebooknya, Mohamed Khaled berkata, pendirian UMNO ketika ini sudah terang lagi bersuluh, iaitu memastikan BN berjaya mendapat mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan datang.

“Pas terus melemparkan segala ugutan, tohmahan dan sanggahan terhadap UMNO. Tiada faedahnya terus melayan karenah PAS. Pendirian UMNO telah terang lagi bersuluh.

“Hanya PAS yang tidak tahu apa yang ia kehendaki. Susah kalau orang kegilaan talak ini kerana dalam fikiran mereka dibuang sayang, ditelan pahit. Misi UMNO dan BN seterusnya ialah untuk terus mara ke hadapan dan meninggalkan episod ini,” tegasnya lagi.

Pada 2 Februari, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti pimpinannya itu tidak akan sekali-kali diperbodohkan dengan ‘politik sempit’ UMNO.

Menerusi catatan Minda Presiden PAS di Facebooknya pada Rabu, Ahli Parlimen Marang itu mendakwa UMNO masih lagi membawa pendekatan ‘asabiyyah’ Melayu yang hanya melibatkan dua parti sahaja dan meminggirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Malah Abdul Hadi mendakwa UMNO juga meminggirkan masyarakat majmuk melalui pendekatan yang telah gagal melalui BN.

Mengulas mengenai tuduhan itu, Mohamed Khaled berkata, “Rakan-rakan UMNO dalam BN mesti memahami ini. Bahawa kemenangan mereka tidak lagi boleh disandarkan kepada UMNO semata-mata.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply