Tun Mahathir: Gaji minimum RM1.800, Habis Semua Kedai Tom Yam Tutup

Tun Mahathir: Gaji minimum RM1.800, Habis Semua Kedai Tom Yam Tutup
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara berseloroh berkata semua kedai tom yam akan tutup sekiranya gaji minimum RM1,800 diberikan kepada penjawat awam berdasarkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam.
“Tidak apa, kita bayar. Habis kedai tomyam semua tutup, tidak boleh bayar gaji,” katanya ringkas pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan ke Pusat Media Sidang Kemuncak Kuala Lumpur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Terdahulu Cuepacs meminta agar kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan untuk penjawat awam.
Presidennya, Adnan Mat berkata, pihak Cuepacs mencadangkan jumlah tersebut kerana kos hidup pada hari ini yang terus meningkat.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



