UMNO putus dengan BERSATU bukan keputusan peribadi – Zahid

UMNO putus dengan BERSATU bukan keputusan peribadi – Zahid
Shah Alam, MTN – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Pas supaya bersikap lebih memahami berkenaan dengan keputusan yang telah diambil oleh partinya berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau berkata, ketetapan yang telah dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) itu tidak boleh ditukar dengan semudahnya kerana ia bukanlah keputusan peribadi tetapi sebaliknya dilakukan hasil daripada undian kesemua perwakilan UMNO.
“Apa yang ingin saya katakan adalah keputusan tiada kerjasama dengan Bersatu bukan keputusan peribadi. Ia diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO.
“Maka perkara yang telah diputuskan ini bukanlah boleh dibawa bincang semula di meja rundingan dengan sebegitu mudah kerana melibatkan suara akar umbi dan perwakilan UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pas yang mengatakan bahawa parti itu bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mengulas mengenai kepentingan untuk menjaga kedudukan kekuasaan orang Melayu dalam politik negara, Ahmad Zahid berkata, Pas seharusnya lebih rasional dalam membuat pilihan berhubung dengan kerjasama politik yang mahu dilakukan.
“Mereka juga perlu faham bahawa kerjasama Muafakat Nasional (MN) sudah dibentuk ketika orang Melayu dan Islam diinjak-injak semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
“Gabunganitu pada masa itu adalah tulen, jujur dan penuh semangat dan kerjasama berkenaan melibatkan antara tiga juta ahli bersama sejuta ahli, bukannya kerjasama antara sejuta ahli dengan 500 orang,” katanya.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung pada bulan lalu, UMNO telah memuktamadkan keputusan parti itu untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum akan datang. [SH]
Author Profile

Latest entries
KesMarch 6, 20251MDB – Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara
SukanMarch 5, 2025Reijnders Pemain TimNas Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
IT & Social MediaMarch 4, 2025Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
TokohFebruary 26, 2025Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia