WhatsApp Chat Themes – WA perkenal ciri ‘Tema Sembang’

WhatsApp Chat Themes – WA perkenal ciri ‘Tema Sembang’
WHATSAPP hadir dengan sebuah ciri baharu untuk semua pengguna seluruh dunia, dinamakan “Chat Themes” atau “Tema Sembang”.
Melaluinya, seperti pada nama, pengguna boleh mengubah bagaimana perbualan dipaparkan kepada mereka, sekali gus memilih warna, gambar latar dan juga gaya sesuatu perbualan dipaparkan.
Pengguna boleh memilih untuk menggunakan tema sama untuk semua perbualan, atau turut memilih tema berbeza untuk perbualan-perbualan berbeza.
Sebagai contoh, untuk WhatsApp Group bersama rakan-rakan anda boleh memilih tema yang ceria, dan mungkin untuk tujuan kerja memilih tema lebih serius.
Untuk menetapkan tema sembang pada WhatsApp, anda boleh ke Settings > Chat > Default Chat Theme.
Sekiranya ingin melakukan tetapan untuk sesuatu perbualan secara khusus, anda boleh ke tetapan perbualan berkenaan (dengan tap pada nama di skrin perbualan (pada iOS) atau pada menu 3-dot pada Android).
[AstroA]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah
NationalNovember 13, 2025Tak ada lagi jalan percuma buat kenderaan ke Genting
TokohSeptember 19, 2025Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu



