YDPA Arah K'jaan Lebih Tegas Bendung Budaya Fitnah, Hasutan | Malaysia News
February 19, 2025

YDPA arah k’jaan lebih tegas bendung budaya fitnah, hasutan

YDPA arah k’jaan lebih tegas bendung budaya fitnah, hasutan

YDPA arah k’jaan lebih tegas bendung budaya fitnah, hasutan

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mahu kerajaan bertindak lebih tegas terhadap mereka yang menyebarkan fitnah dan hasutan dalam talian dan media sosial.

Dalam titah perasmian bagi sesi Parlimen tahun ini, Seri Paduka melahirkan kebimbangan terhadap kegiatan seumpama itu yang menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat.

“Suka saya ingatkan kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati, agar tidak menjadi mangsa jenayah siber, seperti penipuan kewangan dalam talian atau scammer dan pencurian identiti.

“Saya juga merasa bimbang, dengan budaya fitnah dan hasutan di dalam talian dan media sosial yang menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam talian agar tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan dan kecurian dalam talian.

“Oleh itu, kerajaan perlu tegas dalam membendung budaya ini, dan bersikap proaktif untuk memberikan maklumat yang betul dan dipercayai,” titah Sultan Iskandar.

Ucapan Baginda itu menandakan permulaan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tahun ini, yang akan bermula esok dengan ahli-ahli parlimen membahaskan titah diraja.

Dalam ucapan Sultan Ibrahim, baginda juga menyeru kerajaan supaya melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara, walaupun ia melibatkan hanya “seketul batu karang di tengah lautan”.

“Kerajaan juga perlu bijak dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua pihak dan meningkatkan kerjasama strategik dalam menangani isu-isu serantau dan sempadan negara.

“Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil, bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara, walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan,” titah baginda.

Titah itu dilihat sebagai sindiran halus terhadap apa yang berlaku dalam kes Pulau Batu Puteh di perairan Johor, yang pemilikannya diberikan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa kepada Singapura.

Beberapa pihak menyalahkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad atas kehilangan tersebut kerana menarik balik rayuan Malaysia terhadap keputusan mahkamah.

[MK]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply