YDPA Temubual Sendiri Semua Ahli Parlimen Mulai Hari Ini

YDPA Temubual Sendiri Semua Ahli Parlimen Mulai Hari Ini
Kuala Lumpur, MTN – Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah akan bertemu sendiri dengan kesemua 222 ahli Parlimen bermula jam 2.30 petang ini dan esok.
Pertemuan seorang demi seorang ahli parlimen itu sebahagian daripada proses mendapatkan pengesahan seterusnya membantu proses pembentukan kerajaan persekutuan baharu.
“Tiada seorang ahli Parlimen pun akan tercicir daripada sesi temubual secara individu dengan YDPA,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam taklimat media di Istana Negara hari ini.
Beliau berkata, ia selaras dengan Perkara 43 (2) (a) yang menyatakan Agong akan melantik seorang anggota Dewan Rakyat sebagai perdana menteri yang mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Apa yang akan berlaku hari ini dan esok ialah semua ahpi Parlimen akan dijemput untuk temu bual peribadi dengan Yang Di-Pertuan Agong.
Menurutnya, YDPA akan menemubual setiap ahli Parlimen bagi masa dua atau tiga minit setiap orang.
“Ia akan bermula dengan kumpulan ahli parlimen berjumlah 90 orang. Kesemua akan dipanggil.
“Mereka akan diatur secara berturut-turut dan boleh dipanggil,” katanya.
Beliau berkata ketua setiausaha kerajaan Mohd Zuki Ali akan bertindak sebagai saksi semasa temu bual.
Ahmad Fadil menambah bahawa ini mungkin kali pertama pemerintah menemu ramah setiap ahli parlimen.
Ahmad Fadil berkata temubual untuk hari ini akan berterusan sehingga pukul 7 malam dan boleh dilanjutkan.
“Apa yang dilakukan oleh Agong adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong mesti melantik seseorang yang mempunyai keyakinan majoriti,” katanya.
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar