Zahid Hamidi tahu muslihat ‘Broker’ dalam UMNO
Zahid Hamidi tahu muslihat ‘Broker’ dalam UMNO
Kuala Lumpur, MTN – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tahu muslihat dan tipu daya ‘broker’ dalam parti dan semuanya dalam pemantauan dan radarnya.
Zahid Hamidi justeru mengatakan pejuang dan penyokong UMNO jangan terlalu bimbang mengenainya.
“Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima.
“UMNO tidak boleh digadai. UMNO bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa. UMNO sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua,” katanya dalam akaun facebooknya.
Saya minta kita ahli-ahli UMNO, pejuang dan penyokong UMNO sekalian jangan terlalu bimbang.
Seperti saudara saudari…
Posted by Zahid Hamidi on Monday, March 22, 2021
Bagaimanapun Ahmad Zahid tidak menamakan individu terlibat sebagai broker di dalam UMNO.
“Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden UMNO tidak alert rancangan mereka.
“Saya alert. Saya malah alert semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah,” ujarnya.