Zahid Hamidi: Tiada lagi PKP, Parlimen mesti boleh bersidang
Zahid Hamidi: Tiada lagi PKP, Parlimen mesti boleh bersidang
Kuala Lumpur, MTN – Memandangkan tidak ada lagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Jumaat ini, kerajaan sudah boleh menetapkan tarikh untuk Parlimen bersidang.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Yang di-Pertuan Agong juga telah mengeluarkan titah baru-baru ini memberi ‘lampu hijau’ untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil Parlimen untuk bersidang.
Memandangkan tidak ada lagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Jumaat ini, kerajaan sudah boleh menetapkan tarikh untuk Parlimen bersidang.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Yang di-Pertuan Agong juga telah mengeluarkan titah baru-baru ini memberi ‘lampu hijau’ untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil Parlimen untuk bersidang.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, walaupun kerajaan telah melonggarkan semua negeri dari PKP kepada PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), namun semua pihak jangan terlalu ghairah dan alpa dengan kepentingan menjaga SOP.
Ini kerana, katanya, rakyat masih berdepan dengan risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus Covid-19 berikutan program vaksin yang bermula minggu lepas akan mengambil masa sebelum mencapai imuniti kelompok.
“Ucapkan juga terima kasih kepada barisan anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang siang malam menjaga sempadan daerah demi keselamatan kita.
“Tidak lupa juga kepada petugas Kementerian Kesihatan yang selama ini bermati-matian mengendalikan pesakit Covid-19 dan barisan guru yang mengendalikan pelajar secara pengajaran dan pembelajaran di rumah,” katanya. [mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalDecember 6, 2024Banjir beransur pulih di tujuh negeri
- Seni & HiburanNovember 14, 2024Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara – ASN 2024
- NationalNovember 14, 2024Pendedah maklumat utus surat terbuka pada YDPA
- NationalJuly 4, 2024Kuala Lumpur Fashion Week 2024 – Taman KLCC