Zahid Tidak Pernah Keluarkan ‘Amanat Zahid Hamidi’ | Malaysia News
May 11, 2021

Zahid tidak pernah keluarkan ‘Amanat Zahid Hamidi’

MTN – Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan yang dia mengeluarkan “amanat” seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ahmad Zahid berkata, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang penulisan ataupun mengizikan mana-mana pihak menulis bagi pihaknya artikel yang dikatakan sebagai “amanat Ahmad Zahid Hamidi untuk semua ahli Umno”.

Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, artikel panjang lebar kononnya dia sebagai presiden Umno memberikan amanat kepada ahli parti serta akar umbi berhubung perancangan Bersatu untuk terus berkuasa.

“Ingin saya menegaskan bahawa artikel itu tidak ditulis oleh saya mahupun dengan kebenaran saya tetapi dilakukan oleh orang lain yang tidak diketahui individu berkenaan.

“Saya menyedari saban hari pelbagai fitnah dilakukan pihak tertentu bagi mengkucar-kacirkan situasi politik semasa serta memburuk-burukkan Umno.

“Saya berharap pihak yang melakukan perkara ini menghentikan segera perbuatan politik jahat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Assalamualaikum wbt dan selamat menunaikan ibadah puasa bagi hari kedua 1442H/2021.

Telah tersebar sebuah artikel yang…

Posted by Zahid Hamidi on Tuesday, April 13, 2021

Semalam, Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Debris ataupun “Papa Gomo” mendedahkan mengenai amanat berkenaan.

Amanat berkenaan antara lain mendakwa Bersatu menggunakan pelbagai cara bagi menyerang Umno dan kepimpinannya.

Dalam tulisan di Facebooknya, Wan Muhammad Azri berkata amanat itu membuktikan kebenaran rakaman audio presiden Umno itu dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang tular baru-baru ini.

Dakwa Wan Muhammad Azri lagi, Ahmad Zahid tidak perlu berdolak dalik dan perlu mengembalikan mandat kepada perwakilan untuk menentukan kepimpinan baru parti itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berharap Ramadan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan amal ibadah bukannya menabur fitnah serta mengamalkan politik tidak matang.

“Saya menyarankan semua pihak yang mahu mendapatkan kenyataan rasmi daripada saya boleh meninjau melalui Facebook ini dan juga Telegram saya.

“Semoga semua daripada kita diberkati Allah SWT dan diterima segala amal kebaikan. Salam Ramadan almubarak,” katanya lagi. [mk]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •