14 MP Umno Tak Lagi Bersama Perikatan Nasional | Malaysia News

14 MP Umno tak lagi bersama Perikatan Nasional

14 MP Umno tak lagi bersama Perikatan Nasional

14 MP Umno tak lagi bersama Perikatan Nasional

Kuala Lumpur, MTN – Sekurang-kurangnya 14 ahli parlimen sudah menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata beberapa sumber dalaman parti.

Menurut mereka, selain 11 ahli parlimen yang hadir bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semasa membuat pengumuman isu berkenaan di Kuala Lumpur lewat petang tadi, ada tiga yang lain sudah menurunkan tandatangan untuk memaklumkan pendirian mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Antara mereka yang tidak hadir bersama presiden Umno hari ini tetapi sudah menandatangani surat penarikan balik sokongan kepada PN ialah ahli parlimen Lenggong, dan seorang (ahli parlimen Sabah),” kata sumber yang dekat dengan Ahmad Zahid.

Untuk rekod ahli parlimen Lenggong ialah Shamsul Annuar Nasarah yang petang tadi meletakkan jawatannya sebagai menteri tenaga dan sumber asli.

Seorang lagi ahli parlimen yang disebut sumber itu tidak dapat didedahkan buat masa ini kerana Malaysiakini masih menunggu kenyataan atau komen pihaknya.

Dalam surat peletakan jawatannya tadi, Shamsul Anuar memberitahu, dia membuat keputusan tersebut untuk memainkan peranannya sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti.

Seorang lagi sumber mendakwa ahli parlimen ke-14 yang bersama Ahmad Zahid datang dari Sabah.

Lewat petang tadi Ahmad Zahid membuat pengumuman berkenaan penarikan balik sokongan ahli parlimen Umno kepada kerajaan PN dan Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri.

Antara pemimpin Umno yang hadir ialah Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said (Pengerang), dan bekas perdana menteri Najib Razak (Pekan).

Menurut Ahmad Zahid senarai nama ahli parlimen terbabit sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai bukti Muhyiddin kini tidak lagi memiliki sokongan majoriti di parlimen.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu juga mendakwa Muhyiddin sudah hilang keabsahannya untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan berapakah bilangan ahli parlimen yang masih mendukung Muhyiddin yang juga presiden Bersatu.

Untuk mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat, seseorang perlu memiliki sokongan sekurang-kurangnya 111 ahli parlimen. [MK]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply