UMNO Tak Lagi Sokong Perdana Menteri Muhyiddin Dan Kerajaan PN | Malaysia News
September 18, 2021
MKT UMNO tak sokong Muhyiddin dan PN

UMNO tak lagi sokong Perdana Menteri Muhyiddin dan Kerajaan PN

Kuala Lumpur, MTN – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO petang ini ini sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Beliau berkata, kenyataan terbaru Perdana Menteri tidak menjernihkan masalah, bahkan menyerlahkan kekhilafan kerajaan yang jelas menyanggah titah Seri Paduka dan mempersendakan baginda yang sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan Darurat dibahas serta diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi, bukan September 2021, sejajar Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

“Bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada baginda, MKT sebulat suara bersepakat menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri,” katanya pada sidang akhbar. [BH]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •