Vaksin AstraZeneca sumbangan UK tiba hari ini

Vaksin AstraZeneca sumbangan UK tiba hari ini
Kuala Lumpur, MTN – Malaysia hari ini akan menerima 415,000 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca sumbangan kerajaan United Kingdom (UK).
Ia dijangka tiba di negara ini tengah hari nanti.
Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien akan bersama-sama Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Charles Hay akan menyambut ketibaan vaksin berkenaan.
Sumbangan itu sebelum ini diumumkan Setiausaha Luar Negeri Britain, Dominic Raab.
Hishammuddin bagi pihak kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya di UK atas sumbangan untuk PICK.
Kata beliau, ia adalah lambang hubungan yang erat dan akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dua hala di pelbagai peringkat.
Malaysia katanya, amat menghargai sokongan yang diberikan UK serta percaya bahawa kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk mendepani cabaran pandemik dan menuju ke arah pemulihan.
Sumbangan itu juga akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi harian PICK yang sedang dijalankan. [AA]
Author Profile

Latest entries
NationalFebruary 8, 2025Banjir Sabah, Sarawak – Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Seni & HiburanFebruary 8, 2025Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC
TokohFebruary 7, 2025Erdogan jumpa Anwar bincang pemulihan Gaza minggu depan
Top IssuesFebruary 7, 2025Sarawak Negeri Sekular