15 Orang Paling Kaya Di Malaysia | Malaysia News

15 Orang Paling Kaya di Malaysia

15 Orang Paling Kaya di Malaysia

MTN – Majalah perniagaan popular Amerika Syarikat, Forbes pada 6 April lalu telah mengeluarkan senarai bilionair dunia menerusi laporan bertajuk, ‘Forbes Billionaires 2021: The Richest People in the World’.

Seramai 2,755 bilionair telah disenaraikan pada tahun ini dengan nilai kekayaan keseluruhan berjumlah AS$13.1 trilion (RM53.9 trilion).

Daripada jumlah tersebut, 15 daripadanya merupakan usahawan dari Malaysia yang menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan.

Sebanyak 11 daripadanya merupakan bilionair sama yang berada dalam senarai tahun lalu manakala empat lagi merupakan muka baharu.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Pengasas Shangri-La Hotels and Resorts atau Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok menguasainya senarai sebagai orang paling kaya di Malaysia.

Bagaimanapun, pada tahun ini, nama beliau dimasukkan dalam senarai bilionair Hong Kong dengan nilai kekayaan berjumlah AS$12.6 bilion (RM51.8 bilion).

Berikut adalah nama-nama bilionair tempatan mengikut senarai ‘Forbes Billionaires 2021: The Richest People in the World’ :

1. Tan Sri Quek Leng Chan

Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group Malaysia

Nilai kekayaan: RM40 bilion

 

2. Tan Sri Ananda Krishnan

Pengerusi Usaha Tegas Group Holding

Nilai kekayaan: RM23.9 bilion

 

3. Tan Sri Teh Hong Piow

Pengasas Public Bank Berhad

Nilai kekayaan: RM23.5 bilion

 

4. Datuk Lee Yeow Chor

Pengarah urusan Kumpulan IOI Group

Nilai kekayaan: RM20.9 bilion

 

5. Tan Sri Koon Poh Keong

Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal

Nilai kekayaan: RM16.4 bilion

 

6. Kuan Kam Hon

Pengasas Hartalega Holdings

Nilai kekayaan: RM16 bilion

 

7. Tan Sri Dr Lim Wee Chai

Pengasas Top Glove Corporation Bhd

Nilai kekayaan: RM14.4 bilion

 

8. Tan Sri Lim Kok Thay

Pengerusi Genting Group

Nilai kekayaan: RM11 bilion

 

9. Datuk Seri Lau Cho Kun

Pemegang saham terbesar Hap Seng Consolidated

Nilai kekayaan: RM9 bilion

 

10. Tan Yu Yeh (baharu)

Pengasas MR DIY Group berhad

Nilai kekayaan: RM7.4 bilion

 

11. Tan Sri G Gnanalingam (baharu)

Pengerusi Eksekutif Wesports Malaysia Sdn Bhd

Nilai kekayaan: RM7 bilion

 

12. Tan Sri Jeffrey Cheah

Pengasas Sunway Group

Nilai kekayaan: RM5.3 bilion

 

13. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Pengerusi Syarikat Kumpulan Albukhary

Nilai kekayaan: RM4.9 bilion

 

14. Tan Yu Wei (baharu)

Pengasas bersama MR DIY Group Berhad

Nilai kekayaan: RM4.5 bilion

 

15. Tan Eng Kee (baharu)

Ketua Pegawai Eksekutif Greatech Technology

Nilai kekayaan: RM4.5 bilion

 

[SH]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply