85 Persen Rakyat Mahu Mahiaddin Letak Jawatan | Malaysia News

85 Persen Rakyat Mahu Mahiaddin Letak Jawatan

85 Persen Rakyat Mahu Mahiaddin Letak Jawatan

Kuala Lumpur, MTN – Polemik politik khususnya melibatkan kepimpinan Perdana Menteri, TSMY terus bergolak sejak beliau mengambil alih kepimpinan negara pada 1 Mac 2020.

Kedudukan sokongan beliau menerajui negara mengalami pelbagai gelora politik bermula dengan isu-isu dasar negara, keberkesanan menangani pandemik COVID 19 dan kerencaman polemik sokongan parti UMNO terhadap beliau.

Sehubungan itu, IDE telah menjalankan TINJAUAN PENDAPAT RAKYAT (TPR) SIRI 2/2021 yang dijalankan secara dalam talian pada 11 hingga 18 Julai 2021 yang melibatkan 7,986 orang responden seluruh negara meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Profil responden merangkumi jantina, umur, kaum dan sokongan kepada parti. Tinjauan ini berkaitan kedudukan TSMY sebagai Perdana Menteri Malaysia, menjelang Sidang Khas Parlimen Malaysia bermula pada 26 Julai 2021.

Berdasarkan keputusan TPR terkini, hanya 12% yang memilih untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri dan berpandangan beliau tidak perlu meletakkan jawatan. 3% menyatakan tidak pasti.

Namun, majoriti responden, 85% memilih untuk beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Berdasarkan analisis mikro melibatkan umur dan juga kaum, tinjauan ini mendapati pandangan tersebut adalah menyeluruh antara kategori umur 18 tahun hingga 66 tahun ke atas.

Keputusan yang sama juga merentas kaum melibatkan Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain.

Dapatan ini selari dengan kajian IDE berkaitan Survei Mood Rakyat #moodofthenation Februari 2021 yang lalu, 46% responden memilih untuk TSMY meletak jawatan kerana kehilangan sokongan majoriti.[IS]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply