Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang | Malaysia News

Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang

Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang

Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang

Kuala Lumpur, MTN – Pemuda AMANAH Pulau Pinang menyarankan semua ahli dan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mempersoal dan mempertikai kedudukan kerusi Pengerusi PH dan ketua pembangkang pada waktu ini.

Ketuanya, Muhamad Khairul Mohd Ali dalam kenyataanya kepada Malaysia Dateline berkata, pada ketika ini Pemuda AMANAH Pulau Pinang mengambil pendirian dengan menyerahkan urusan pelantikan Pengerusi PH dan juga Ketua Pembangkang kepada Majlis Presiden PH.

“Adalah tidak wajar sebarang kenyataan berkenaan pertikaian ini dikeluarkan oleh sesama ahli komponen dalam PH.

“Pemuda AMANAH Pulau Pinang mengajak semu ahli parti komponen dalam PH supaya memberi lebih fokus terhadap pilihan raya umum ke-15 yang tidak begitu jauh dalam jangkamasa singkat hanya 18 bulan sahaja.

“Sehubungan itu semua tenaga dan semangat harus disatukan kearah memantapkan lagi struktur PH untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang,” ujar beliau.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan petang tadi, AMANAH Permatang Pauh menyatakan sokongan penuhpterhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH dan ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

AMANAH kawasan itu juga menyokong penuh seruan Majlis Presiden PH yang menjemput semua pembangkang bekerjasama di bawah satu khemah besar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ketua AMANAH Kawasan Permatang Pauh, Dr Zaidi Zakaria berkata, parti itu bersama komponen PH negeri akan mempertahankan kemenangan Parlimen Permatang Pauh dan tiga DUN di bawahnya dalam pilihanraya akan datang.[MD]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply