PRU15 – Siapa paling popular di TikTok? Majoriti pilih PH

PRU15 – Siapa paling popular di TikTok? Majoriti pilih PH
SuaraMalaysia: Siapa paling popular di TikTok?
Majoriti pilih PH
TIDAK dapat dinafikan, media sosial termasuk aplikasi TikTok menjadi antara medium kempen paling popular digunakan oleh ramai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Justeru, sejak jam 12 tengah malam tadi, kami telah bertanyakan kepada orang ramai di pelbagai platform Astro AWANI – Gabungan utama mana paling banyak di TikTok?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Rabu.
Daripada 2,422 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 52 peratus memilih PH sebagai gabungan utama paling banyak di TikTok, diikuti Perikatan Nasional (PN) sebanyak 35 peratus dan Barisan Nasional (BN) 13 peratus.
Mengangkat tema “Malaysia Memilih” sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan. [AA]
Author Profile

Latest entries
NationalMay 31, 2026Bunyi letupan meriam di Putrajaya pada 3, 5 Jun
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen



