Abg Yahya rangkul emas Kejohanan Dunia Boling Para IBF

Abg Yahya rangkul emas Kejohanan Dunia Boling Para IBF
Skuad boling para negara meraih pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki TPB4 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Dunia Boling Para Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2025 di Hong Kong hari ini.
Pada acara berlangsung di pusat boling Kai Tak Sports Park, Kowloon itu, Abg Yahya Abg Azhar mengumpul 1,435 jatuhan pin dalam lima permainan, mengatasi Yun Seung Sang dari Korea Selatan yang merangkul perak selepas mencatat 1,380 jatuhan pin.
Pingat gangsa pula dimenangi wakil Australia, Kallan Strong dengan 1,359 jatuhan pin.
Tiga lagi atlet negara Mahamad Rizuan Madzhi menduduki tempat ketujuh dengan merekodkan 1,235 jatuhan pin manakala Muhd Zul Adly Majeni dan Mohd Hazim Sazali menamatkan saingan di tempat ke-11 dan ke-16 dengan masing-masing mengumpul 1,121 dan 1,061 jatuhan pin.
Semalam, Abg Yahya, atlet berusia 26 tahun dari Sarawak bersama Mahamad Rizuan, Muhd Zul Adly dan Mohd Hazim meraih pingat perak dalam acara berpasukan lelaki TPB4.
Kejohanan Dunia Boling Para IBF 2025 berlangsung dari 17 hingga 24 Jan ini.
[Bernama]
Facebook Comments
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



