Acara sambutan hari keputeraan Agong ditangguhkan

Acara sambutan hari keputeraan Agong ditangguhkan
Kuala Lumpur, MTN – Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jun ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Perkara tersebut dimaklumkan Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Jumaat.
“Penangguhan ini adalah atas titah perkenan Seri Paduka Baginda setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan umum serta untuk melindungi nyawa rakyat demi mengelakkan krisis kesihatan yang lebih buruk.
“Perkenan ini juga sebagai langkah perlindungan kerana negara masih lagi menghadapi dan memerangi penularan wabak COVID-19,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, beliau berkata kesemua acara ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Ini merupakan kali kedua semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri paduka Baginda ditangguhkan, juga disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, tarikh 7 Jun telah ditetap dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am atau cuti sempena sambutan tersebut.

Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



